fbpx

Jualan arak mungkin dihadkan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah), Sze Han (kanan) dan Haris (kiri) menunjukkan simbolik tangan pada Kempen Larangan Larangan Meminum Arak Dan Merokok di Kawasan Taman Awam Selangor di Taman Tasik Shah Alam, Shah Alam, hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Penjualan arak bakal dihadkan di Selangor dalam membendung masalah-masalah sosial di negeri ini khususnya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam pertimbangan dan bergantung kepada kempen larangan meminum minuman keras di seluruh taman awam negeri ini.

“Kita akan pantau jualan arak tetapi semua itu bergantung kepada kempen ini dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen larangan merokok dan minuman keras di kawasan taman di Taman Tasik Shah Alam di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim.

Amirudin memberitahu, kempen advokasi selama dua atau tiga bulan akan dilaksanakan sebelum penguatkuasaan sepenuhnya larangan tersebut.

Ujar beliau, kempen larangan itu antaranya meliputi penyediaan papan tanda dan pengedaran risalah rasmi kepada orang ramai.

“Kaedah nasihat atau pendidikan seumpama itu dianggap penting dan kita tidak mahu rakyat menganggap ia dilakukan secara tergesa-gesa.

“Kita juga akan mengkaji pelaksanaan larangan itu di lokasi tumpuan umum lain bagi memastikan keselamatan kehormonian dan masyarakat pelbagai usia lebih terjamin,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI