fbpx

Penyewa alih barang tuan rumah dari kedudukan asal didenda RM800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SELAYANG – Akibat mengubah kedudukan satu set meja dari tempat asal ke tempat yang lain tanpa keizinan pemilik rumah Mac lalu, sorang bekas penyewa didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Muhamad Ferrul Azieman Mohd. Rosdi, 29, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan penjara satu bulan sekiranya Muhamad Ferrul gagal membayar jumlah denda itu dan tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Ferrul yang juga seorang peniaga didakwa telah mengubah kedudukan satu set meja makan kayu dari tempat asal tanpa izin pemiliknya yang merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun di sebuah rumah di Taman Gemilang Indah, Batu Caves di sini pukul 3 petang pada 14 Mac lalu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut mengikut Seksyen 15 (2)(c) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda yang tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam Mohd. Redzuan Mohamed Yusoff dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum dengan alasan ini adalah kesalahan pertama tertuduh serta akan lebih berhati-hati.

“Tertuduh adalah seorang peniaga, rumah tersebut di sewa dan digunakan untuk dijadikan pejabat. Apabila ingin keluar dari rumah sewa itu, pekerja tertuduh telah mengalihkan set meja makan itu kerana menyangka itu adalah milik tertuduh dan dibawa ke rumah tertuduh,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, pada 15 Mac lalu, pengadu dapati perabot (set meja makan) rumahnya sebuah kondominium di Jalan Medan Batu telah hilang.

Hasil maklumat dariapada rakannya, pengadu kemudian telah ke sebuah rumah di Taman Gemilang Indah dan mendapati perabot miliknya berada di situ yang mana rumah itu diduduki bekas penyewanya iaitu tertuduh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI