fbpx

Tambang percuma feri bot laju Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan feri bot laju bagi membawa pejalan kaki di George Town.

GEORGE TOWN – Rakyat Malaysia layak menikmati perkhidmatan feri bot laju yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar di negeri ini secara percuma bermula 1 Julai hingga 31 Disember depan.

Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, inisiatif berkenaan merupakan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam serta meringankan beban rakyat ketika dibelenggu pandemik Covid-19.

“Kerajaan negeri telah memutuskan untuk membiayai tambang perkhidmatan feri bagi semua penumpang pejalan kaki berstatus warganegara Malaysia.

“Semua rakyat Malaysia termasuk warga emas, orang dewasa, kanak-kanak dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah layak untuk menikmati perkhidmatan ini secara percuma,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zairil, tawaran itu adalah susulan kepada perkhidmatan pas perjalanan My30 yang telah dilancarkan pada 1 Mac yang lalu di mana kerajaan negeri turut membiayai perkhidmatan bas awam milik Rapid Penang secara percuma kepada semua penumpang yang melanggan pas tersebut.

“Dengan pembiayaan tambang feri ini, jaringan pengangkutan awam melalui air dan darat secara menyeluruh dapat digunakan secara percuma oleh pengguna pengangkutan awam di Pulau Pinang.

“Penumpang hanya perlu membawa MyKad/Kad Pengenalan sahaja dan perlu menyentuhnya di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh pihak Penang Port Sdn. Bhd (PPSB) sebelum menaiki feri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI