fbpx

Isu perarakan mayat: Permit operasi boleh dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan individu terlibat dalam perarakan mayat di sekitar Butterworth baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara akan membatalkan permit operasi sekiranya terdapat Badan Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat kesal dengan insiden perarakan mayat di Pulau Pinang dan Kedah yang melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Insiden ini akan membawa risiko penularan wabak Covid-19 di dalam komuniti.

“SOP pengurusan pengebumian selain orang Islam dalam tempoh PKP 3.0 Total Lockdown bermula 1 Jun hingga 28 Jun ini menetapkan bahawa pengurusan persiapan mayat hanya dihadkan kepada lima orang ahli keluarga sahaja,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penghormatan terakhir di rumah kediaman, tanah perkuburan atau krematorium pula adalah tidak melebihi 10 ahli keluarga.

“Untuk upacara pelepasan abu mayat pula hanya lima ahli keluarga dibenarkan.

“Bagi perarakan dan jamuan dine-in adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, semua pihak diingatkan supaya sentiasa bertanggungjawab mematuhi SOP PKP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan upacara pengebumian dapat dilaksanakan dalam tempoh PKP ini.

“Kerjasama semua rakyat Malaysia dalam mematuhi SOP PKP yang ditetapkan adalah amat dihargai dalam usaha untuk memerangi pandemik wabak Covid-19,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan seramai 11 lelaki yang disyaki terlibat dalam perarakan mengiringi mayat di Jalan Tiram, Butterworth Pulau Pinang ketika PKP penuh baru-baru ini direman selama empat hari 21 Jun bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga Khamis ini terhadap suspek berusia 15 hingga 35 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nigel Jirin di Mahkamah Majistret Butterworth.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1969, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI