fbpx

Jawab mesej rakan wartawan, Anita Sarawak rungkai teka-teki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANITA merungkai tanda tanya ramai apabila suaminya, Mahathir membalas kiriman mesej seorang wartawan hiburan, Shuib Taib.

PETALING JAYA – Pejam celik, sudah sedekad lamanya penghibur terkenal Anita Sarawak menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita selepas kembali berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

Kehilangannya mencetuskan tanda tanya ramai sementelah tiada siapa pun yang dapat mengesan lokasi sebenar yang menjadi tempat tinggal penyanyi itu, termasuk keluarga dan rakan media.

Bagaimanapun, sebaris ucapan tulisan suaminya iaitu Mahathir Abdullah membalas mesej yang dikirimkan bekas wartawan hiburan, Shuib Taib menerusi Instagram akhirnya merungkai teka-teki tentang status keberadaan mereka.

“Thank you so very much Shuib. We miss you (Terima kasih tak terhingga, Shuib. Kami rindukan awak),” tulisnya ringkas sebagai balasan kiriman ucapan hari lahir daripada Shuib kepadanya.

Kegembiraan dan keterujaan menerima balasan mesej tersebut turut dikongsi Shuib menerusi akaun Instagram dan Facebooknya.

Ringkas dan jawapan yang diterimanya mungkin pendek, namun tetap memberi kelegaan bukan hanya buat Shuib, antara rakan media paling akrab dengan Anita bahkan seluruh peminat pemilik nama sebenar Ithnaini Mohamed Taib itu.

Shuib turut memaklumkan bahawa Anita dan suaminya berada dalam keadaan sihat serta mereka mahu menikmati kehidupan yang normal.

Bagaimanapun, Shuib yang merupakan bekas wartawan New Straits Times itu tidak memaklumkan lokasi kediaman pasangan itu..

Sepanjang kariernya, Shuib merupakan pengamal media yang sering menulis mengenai penyanyi yang popular dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Cinta Nan Satu itu.

Anita yang merupakan penyanyi kelahiran Singapura merupakan anak kepada seniman dan seniwati legenda, Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan Allahyarham Siput Sarawak.

Bulan lalu, adiknya yang merupakan bekas pelakon popular Noorkumalasati ada berkongsi perkembangan terkini tentang penghibur berstatus ‘superstar’ itu.

Kata Noorkumalasari, Anita berada dalam keadaan sihat di Amerika Syarikat (AS) dan kerap menelefon kakak sulung mereka setiap kali menjelang hari raya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI