fbpx

KPDNHEP ambil tindakan berdasarkan SOP MKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDNHEP sedang melakukan pemeriksaan di Pasar Borong Kuala Lumpur baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan bahawa tindakan terhadap para peniaga dan premis perniagaan semasa operasi penguatkuasaan adalah berdasarkan penelitian pematuhan ke atas prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN)  serta pendaftaran di sistem CIMS 3.0.

KPDNHEP berkata, segala tindakan penguatkuasaan juga diambil berdasarkan maklumat dan penerangan yang diberikan oleh peniaga semasa operasi dijalankan.

“Tindakan yang diambil ini berkaitan dengan Akta 342 SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan pengumuman kerajaan mengenai penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’.

“Ia melibatkan fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun lalu sebelum dilanjutkan ke fasa kedua yang berakhir pada 28 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KPDNHEP berkata demikian ketika mengulas beberapa isu yang dibangkitkan dalam media sosial dan portal berita sejak akhir-akhir ini berkenaan tindakan yang diambil oleh penguat kuasa KPDNHEP terhadap peniaga-peniaga dan premis mereka.

Menurutnya, peniaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Kementerian Kesihatan (KKM) yang berdekatan untuk pertimbangan selanjutnya.

Katanya lagi, KPDNHEP menasihatkan peniaga supaya mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan termasuklah menyediakan dokumen- dokumen sah ketika pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP.

“Sekiranya peniaga masih belum mendapat kelulusan untuk menjalankan operasi perniagaan, mereka boleh menghubungi pihak kementerian untuk permohonan atau mendapatkan maklumat lanjut tentang status permohonan mereka di talian 03-88825881/5905 atau melalui e-mel kepada [email protected].

“Peniaga juga boleh menghubungi pejabat KPDNHEP di negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI