fbpx

Anushka Sharma dicemburui ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUSHKA SHARMA

BERKAHWIN dengan ahli sukan ternama tentunya memberi kelebihan untuk aktres Anushka Sharma apabila berpeluang menyaksikan perlawanan peringkat akhir kriket antara pasukan India menentang New Zealand hanya menerusi tingkap di bilik hotelnya di London, England.

Anushka yang kini bergelar isteri kepada kapten pasukan kriket India, Virat Kohli, baru-baru ini berkongsi saat menyaksikan perlawanan tersebut menerusi tingkap kamar hotelnya sambil menikmati hidangan samosa panas.

“Menonton suami menerusi tingkap bilik hotel bersama samosa panas,” tulisnya dalam Instagram.

Perkongsian pelakon yang pernah membintangi filem Zero bersama aktor Shah Rukh Khan itu ternyata dicemburui ramai.

Anushka berada di London selepas mengikuti suami dan pasukan kriket India untuk perlawanan akhir kriket yang berlangsung di The Ageas Bowl, London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI