fbpx

Nenek diragut dalam rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun cedera pada leher setelah diragut seorang lelaki di rumahnya di Batu 9, Chemor di sini semalam.

Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang memasak dan didatangi suspek berusia 29 tahun yang bertanya sama ada wanita berkenaan mengenalinya atau tidak.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa mengakui pernah melihat lelaki itu ketika suspek datang ke rumahnya untuk memotong rumput beberapa bulan lepas.

“Semasa sedang berbual, mangsa telah masuk ke dapur dan suspek yang mengekori dari belakang telah merentap rantai emas dipakai wanita itu yang dianggar bernilai RM2,000.

“Mangsa tidak sempat untuk mengambil apa-apa tindakan kerana lelaki itu terus melarikan diri melalui pintu hadapan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI