fbpx

Kisona belum puas prestasi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISONA gembira kerana berjaya mendapatkan kemenangan pada Cabaran Antarabangsa Sepanyol selepas menampilkan aksi terbaik sehingga ke perlawanan akhir. GAMBAR HIASAN

PEMAIN perseorangan wanita negara. S. Kisona menegaskan, dia belum berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan meskipun berjaya memenangi kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol di La Nucia Sabtu lalu.

Pada perlawanan akhir, pe­menang pingat emas Sukan SEA 2019 Filipina mengenepikan cabaran rakan sepasukan, Goh Jin Wei menerusi aksi straight set 21-14, 21-19 dalam tempoh 31 minit.

Lebih manis, kemenangan itu berjaya menamatkan penantian Kisona selama dua tahun untuk memenangi gelaran, selain me­lakar kemenangan kedua ke atas Jin Wei yang merupakan bekas juara dunia remaja.

Meskipun gembira dengan gelaran tersebut, namun pemain berusia 23 tahun itu masih belum berpuas hati dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan sepanjang kejohanan itu.

“Saya gembira kerana berjaya mendapatkan kemenangan pada kejohanan ini selepas menampilkan aksi terbaik sehingga ke perlawanan akhir. Bagaima­napun, masih ada banyak lagi kekurangan dalam permainan saya.

“Harapan saya selepas ini adalah untuk mengkaji balik kelemahan yang ada serta bekerja keras dalam latihan bagi meningkatkan permainan menjelang kejohanan-kejohanan akan datang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas pertemuan antara dia dan Jin Wei, Kisona gembira kerana dapat berentap dengan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu selepas lama tidak bertemu sesama sendiri di pentas antarabangsa.

“Kami berdua sudah berikan yang terbaik pada perlawanan akhir dan rasa agak berbeza ke­rana sudah lama tidak bertemu sesama sendiri pada kejohanan kompetitif.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu membuat perbandingan berhubung corak permainan ka­mi berdua kerana setiap pemain ada gaya masing-masing selain memiliki perjalanan ter­sendiri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI