fbpx

Kane masih jadi taruhan England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE terus berada dalam senarai kesebelasan England bertemu Czech biarpun berdepan masalah prestasi. – AFP

LONDON – Kapten England, Harry Kane dijangka akan terus mengetuai jentera serangan pa­sukan itu menjelang aksi terakhir peringkat Kumpulan D saingan Euro 2020 menentang Republik Czech di Stadium Wembley awal pagi esok.

Kane menjadi sasaran kritikan peminat The Three Lions selepas penyerang Tottenham Hotspur itu masih belum menjaringkan gol pada kempen kali ini biarpun turun dengan reputasi gah sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, pengurus England, Gareth Southgate memberi jaminan Kane akan berada dalam kesebelasan utama kerana meng­anggap dia boleh memberi sumbangan yang cukup besar buat pasukan.

“Anda boleh jangka bahawa dia (Kane) akan berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu nanti. Tugasnya bukan sahaja untuk menjaringkan gol tetapi turut membantu rakan sepasukan ketika menyerang.

“Saya tahu banyak persoalan mengenai peranannya dalam pa­sukan, namun saya tetap dengan pendirian dia akan kembali me­nemui sentuhannya pada perlawanan akan datang,” kata Southgate.

Sementara itu, Kane juga akur dengan keputusan jurulatih mengeluarkannya daripada permainan dalam dua aksi sebelum ini selain menepis dakwaan dia tidak cukup cergas.

“Gareth (Southgate) berhak untuk membuat keputusan demi kebaikan pasukan. Saya tidak ada sebarang masalah dari segi kecergasan kerana saya bermain seperti biasa. Kami sudah belajar sesuatu dan harap aksi sebenar akan muncul ketika bertemu Republik Czech,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI