fbpx

Strategi hentian pit julang Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN muncul juara pada GP Perancis sekali gus melebarkan kedudukannya berbanding pencabar utama, Hamilton untuk kategori pelumba musim ini. – AFP

LE CASTELLET, Perancis – Strategi dua hentian pit yang dilakukan pasukan Red Bull Ra­cing ternyata memerangkap Mercedes selepas Max Verstappen melakukan kejutan sekali lagi dengan menjuarai Grand Prix (GP) Perancis di Litar Paul Ricard kelmarin.

Hasil kemenangan ketiga musim ini membolehkan Vers­tappen melebarkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) dunia mengetepikan pemandu Mercedes, Lewis Hamilton.

“Pada awalnya sangat sukar kerana terpaksa menempuh angin­ yang agak kuat. Saya juga gagal mengawal jentera pada awal sai­ngan hingga terkeluar dari litar. Keadaan itu menyebabkan saya berdepan kesukaran untuk memecut lebih laju.

“Kami membuat keputusan untuk melakukan dua hentian pit dan bernasib baik strategi kali ini berkesan. Sepanjang perlumbaan, berlaku perselisihan pendapat dalam pasukan ini, tetapi saya rasa ia adalah baik kerana ‘pertengkaran’ itu adalah kerana untuk memastikan kami berjaya,” katanya.

Kemenangan itu memboleh­kan Vers­tappen mengatasi Ha­milton de­ngan ke­lebihan 12 mata ketika mereka bakal beraksi dalam dua perlumbaan di laman sendiri buat pasukan Red Bull iaitu di Litar Red Bull Ring pada GP Styrian pada 27 Jun ini dan GP Austria pada 4 Julai depan.

Kejayaan manis Verstappen itu turut diserikan apabila rakan sepasukannya, Sergio Perez juga berjaya menaiki podium tempat ketiga selepas berjaya me­mintas seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas dihujung perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI