fbpx

Kes kematian Covid-19 pertama Orang Asli di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA PILAH – Seorang wanita berusia 38 tahun dari Kampung Orang Asli Bari, Johol dekat sini dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus hari ini.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Negeri Sembilan dan Melaka, Shahrani Idderis berkata, wanita itu meninggal dunia pada pukul 4.15 petang tadi di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini.

“Ini merupakan kes kematian pertama membabitkan Orang Asli di Negeri Sembilan. Pihak Jakoa dimaklumkan seramai 115 individu disaring di kampung itu dan daripada jumlah tersebut, seramai 48 orang dijangkiti Covid-19 pada minggu lalu.

“Kematian seorang wanita membabitkan masyarakat Orang Asli ini merupakan kes pertama membabitkan Kluster Kampung Bari, Inas. Saya dimaklumkan ibu, suami dan anak si mati turut dijangkiti virus tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI