KOTA KINABALU – Seorang pemilik syarikat didenda RM24,000 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen.
Tertuduh, Junaidah Majin, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Tertuduh berdepan hukuman penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda.
Dokumen itu dipercayai digunakan bersama suaminya, Mohammad Ashpawi Mohd Yahya, 51, bagi mendapatkan kontrak tender perkhidmatan membekal makanan ke asrama sebuah sekolah di Kota Belud.
Kesalahan dilakukan pada 24 November 2016 di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan menggunakan penyata akaun bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016. – K! ONLINE