fbpx

Harap had umur bakal jemaah haji dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli ketika menyertai program Lambaian Rindu Baitullah di Youtube Lembaga Tabung Haji hari ini.

PETALING JAYA – Penetapan kerajaan Arab Saudi berhubung had umur bakal jemaah haji bermula 18 hingga 65 tahun ketika ini diharap bersifat sementara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu perlu dipatuhi dan pihaknya berharap ia tidak dilanjutkan untuk musim seterusnya.

Beliau berkata, ketika ini, masih ramai bakal jemaah haji yang telah melebihi had umur tersebut namun masih belum menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Saya tiada kuasa untuk menetapkan had umur itu, hanya kerajaan Arab Saudi yang berhak menentukannya. Namun, saya harap had umur itu bersifat sementara ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

“Saya harap had itu diturunkan kepada 12 tahun dan dilanjutkan kepada 75 tahun. Ini kerana masih ramai lagi jemaah haji Malaysia yang tidak melakukan ibadah itu,” katanya pada program Lambaian Rindu Baitullah di YouTube Lembaga Tabung Haji hari ini.

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan beberapa syarat kepada pemohon iaitu mestilah berumur 18 hingga 65 tahun, mempunyai kesihatan yang baik termasuk imuniti dengan dos pertama vaksin Covid-19 dan bebas penyakit kronik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI