fbpx

KPJ Ipoh mula beri vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Hospital Pakar KPJ Ipoh yang dipilih Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mampu memberikan 200 dos suntikan vaksin sehari.

KPJ Ipoh menjadi hospital swasta terbaharu di bandar ini yang menawarkan perkhidmatan tersebut bekerjasama dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Ipoh, Yusmah Salleh, pemberian vaksin di hospital tersebut dijangka mampu merealisasikan usaha kerajaan mempercepatkan proses untuk mencapai imuniti kelompok.

“Dalam usaha mencapat matlamat itu terutamanya di Perak, KPJ Ipoh bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam proses vaksinasi dengan menjadi PPV hospital swasta melalui PICK bermula hari ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPV KPJ Ipoh hari ini.

Kira-kira 50 orang penerima vaksin fasa kedua menerima suntikan dos pertama hari ini khususnya golongan warga emas dan penghidap sakit kronik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI