fbpx

Axiata, Telenor, tandatangani perjanjian penggabungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Axiata Bhd. (Axiata), Telenor Asia Pte. Ltd. (Telenor) dan Digi.Com Bhd. (Digi) mengumumkan telah memeterai perjanjian urus niaga bagi cadangan penggabungan Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dan Digi bagi membentuk MergeCo.

Dijangkakan menjadi antara lima syarikat terbesar disenaraikan di dalam Bursa Malaysia Securities Bhd. berdasarkan penguasaan pasaran, MergeCo dinilai pada nilai ekuiti pra-sinergi yang digabungkan mencecah hampir RM50 bilion.

Fasa cadangan penggabungan akan melibatkan kerja terperinci berkaitan sinergi dan pelan perniagaan MergeCo dan sasaran awal menunjukkan potensi nilai pertambahan menerusi sinergi kos dan perbelanjaan modal sekitar RM8 bilion pada nilai asas bersih semasa.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Izzaddin Idris berkata, pihaknya sedang menunjukkan kemajuan menerusi penggabungan yang sedang berlangsung dengan Telenor dan Digi, sejajar dengan hasrat dan komitmen untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan.

“Mengandaikan kelancaran peralihan, dalam tempoh pasca integrasi, kami menjangkakan peningkatan dalam pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dan margin aliran tunai dalam entiti gabungan seiring dengan komitmen berterusan kami untuk memaksimumkan pembayaran dividen bagi para pemegang saham,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi pemakluman awal, Axiata dan Telenor sepakat mencalonkan Izzaddin sebagai Pengerusi, Jørgen C. Arentz Rostrup sebagai Timbalan Pengerusi, Idham Nawawi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Albern Murty sebagai Timbalan CEO MergeCo, yang akan dinamakan Celcom Digi Berhad, tertakluk kepada kelulusan daripada pemegang saham.

Cadangan penggabungan itu dijangka dapat diselesaikan pada suku kedua 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI