PUTRAJAYA – Lebih 3.2 juta atau 10 peratus daripada penduduk di negara ini dijangka akan melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 menjelang pertengahan bulan depan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan bekalan vaksin yang diterima dan keupayaan serta kapasiti pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, jumlah jangkaan itu mewakili 10 peratus daripada atau 3.2 juta rakyat di seluruh negara.
“Kami juga menjangkakan kira-kira 8 juta dos vaksin akan diagihkan menjelang akhir bulan ini dan 10.7 juta dos pada pertengahan bulan depan.
“Ketika ini, bagi setiap 100 dos yang kami berikan, 30 dos adalah dos kedua,” katanya pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.
Setakat semalam, sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin sudah diberikan setakat.-K! ONLINE