PUTRAJAYA – Kes harian kembali merekodkan bawah 5,000 dengan 4,611 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah 701,019 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan sebanyak 1,346 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 682 kes dan Perak sebanyak 453 kes.
“Seterusnya, Negeri Sembilan (437 kes), Johor (314 kes), Kuala Lumpur (310 kes), Kelantan (219 kes), Melaka (205 kes), Kedah (182 kes), Sabah (166 kes) dan Labuan (130 kes).
“Pulau Pinang pula (84 kes), Pahang (50 kes), Terengganu (18 kes), Putrajaya (15 kes) manakala tiada jangkitan baharu di Perlis,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE