fbpx

Bekas pengarah, suami dituduh tipu belian barangan dialisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua tertuduh diiringi anggota polis serta peguam selepas dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

MELAKA – Seorang bekas pengarah sebuah syarikat hemodialisis dan suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan tidak wujud melibatkan barangan rawatan bernilai hampir RM50,000, tahun lalu.

Tertuduh Zanariah Apit, 50, dan Saifuddin Mohamad, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, Zanariah didakwa telah memperdayakan Wan Zainuddin Ismail, 62, dengan menawarkan barangan dialisis tidak wujud daripada syarikat Artdeen Resources kepada syarikat Haemodialysis Yakin Jaya.

Perbuatan tersebut telah mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM49,200 secara cek deposit ke akaun Maybank.

Kesalahan itu dilakukannya kira-kira pukul 9 pagi di Taman Peringgit Jaya pada 11 Februari 2020.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, suaminya didakwa telah menyembunyikan suatu harta melalui akaun Maybank miliknya iaitu wang hasil penipuan penjualan barangan dialisis yang tidak wujud daripada mangsa sama berjumlah RM49,200, pada tarikh sama di Jalan Hang Tuah.

Tertuduh pada masa itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta itu diperolehi dengan cara penipuan dan bagi tindakan tersebut dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan tarikh 16 Ogos depan sebagai serahan dokumen dan sebutan semula kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI