PETALING JAYA- Set tren tiga gerabak pertama seumpamanya bagi Projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) selamat tiba di tanah air pada 19 Jun lepas bagi kerja-kerja pemasangan.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, set tren itu kini berada di fasiliti pemasangan milik CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) di Batu Gajah, Perak bagi kerja pemasangan dalaman tren.
“Laluan LRT3 yang menghubungkan Johan Setia di Klang dengan Bandar Utama akan mempunyai 22 set tren tiga gerabak.
“Kesemua tren itu dibekalkan oleh CRRC Corporation Limited dari China,” katanya di sini tadi.
Katanya, laluan LRT3 sepanjang 37.6 kilometer dijadualkan dibuka kepada orang ramai bermula Februari 2024. -K! ONLINE