fbpx

Zulin Aziz macam profesional, lukis potret Siti dan Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKKSAN Zulin Aziz dipuji tak ubah seperti karya pelukis profesional.

PETALING JAYA – Pelakon yang juga pengacara Zulin Aziz menuai pujian ramai apabila menghasilkan lukisan potret dua selebriti popular tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Vida.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, berkongsi bakat terpendam persis seorang pelukis profesional.

“Kita Lukis @ctdk sambil karaoke lagu dia. Satu jam lebih nak siapkan. Tapi sampai sekarang belum kemaskan. Lenguh tangan kejap lagi sambung,” tulisnya dalam Instagram.

Lukisan potret penyanyi nombor satu negara itu kelihatan seolah-olah hasil karya profesional sehingga mendapat perhatian netizen termasuk dalam kalangan rakan-rakan selebriti.

“Cantik! Sama pula tu,” kata rakan selebriti Sherry Alhadad.

Malah peminatnya turut menyifatkan Zulin sebagai artis serba boleh dan dikurniakan bakat dalam pelbagai bidang.

“Zulin Aziz. Artis serba boleh. Berbakat dalam pelbagai pelkara. Alhamdulillah bakat oleh Allah SWT,” kata salah seorang pengikutnya dalam Instagram.

Sementara itu, lukisan potret usahawan terkenal Datuk Seri Vida turut mendapat perhatian empunya badan sendiri apabila meninggalkan komen mengagumi bakat seni Zulin.

“Masya-Allah! Cantik hasil lukisan Zulin. Serba boleh. Memasak boleh, berniaga pandai. Wanita yang bijak. Semoga berbahagia sehingga ke syurga,” katanya.

Selain berkebolehan untuk melukis, Zulin juga memiliki bakat lain antaranya mampu meniru pertuturan artis lain, bercakap dalam dialek atau slanga bahasa asing serta melakukan parodi terutama melibatkan filem-filem Hindustan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI