fbpx

Pekerja taska mengaku tidak bersalah dera kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengasuh taska didakwa atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di sebuah hospital di Selangor pada 8 Januari lalu. Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Seorang pekerja taska sebuah hospital dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang di sini, atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak pada 8 Jun lalu.

Tertuduh, Nur Fatin Nabila Azmi, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim, Noor Hisham Ahmad Jaafar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang diberi tanggungjawab penjagaan didakwa telah menyebabkan kecederaan fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan.

Perbuatan itu dilakukan di bilik tidur kanak-kanak di sebuah taska beralamat di aras bawah, Blok C, Kediaman Kakitangan Hospital Serdang, Kajang kira-kira pukul 10.30 pagi pada 8 Jun lalu.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes akan disebut semula pada 26 Julai depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI