fbpx

Kerajaan harus hormati titah Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Kerajaan harus menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar Parlimen kembali bersidang semula.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sidang Parlimen perlu diadakan segera bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat dalam kesempitan serta memastikan wujud akauntabiliti dalam urusan pentadbiran kerajaan.

“Tidak perlulah berdolak-dalik lagi istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan di dalam kedua-dua kenyataan media perihal sidang Parlimen yang hakikatnya menzahirkan kesepakatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Pemerintah.

“Kerajaan harus menghormati titah Baginda dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zahid, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Pemerintah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI