fbpx

Jerman kembali pamer belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAI HAVERTZ (dua dari kanan) turut menyumbang satu gol ketika Jerman menundukkan Portugal 4-2 awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Pasukan Jerman menyalakan peluang untuk mara ke peringkat kalah mati saingan Euro 2020 selepas menewaskan juara bertahan, Portugal dengan keputusan 4-2 pada aksi Kumpulan F di Stadium Allianz Arena awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Jerman hampir pasti tersingkir awal daripada kempen Euro 2020 sekiranya tewas kepada skuad Selecao selepas mengalami kekalahan kepada Perancis 0-1 pada aksi pembukaan minggu lalu.

Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low memuji karakter juara yang dipamerkan oleh pasukannya untuk menewaskan Portugal dengan penuh bergaya sekali gus menutup mulut pengkritik yang menjangkakan Die Mannschaft bakal tersingkir awal.

Kata Low, aksi yang dipamerkan ketika bertemu Portugal adalah kemampuan sebenar pasukannya sekali gus memberi bayangan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk meraih slot ke peringkat kalah mati apabila bertemu Hungary pada aksi terakhir nanti.

“Kekalahan kepada Perancis sememangnya membuatkan semangat pasukan membara untuk merekodkan kemenangan ke atas Portugal dan mereka telah buktikan dengan aksi yang cukup bergaya kali ini. Bukan mudah untuk menewaskan juara bertahan, namun kami membuktikan tiada apa yang mustahil,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah Jerman, Thomas Muller meng­akui nasib pasukan itu untuk ke peringkat kalah mati kini bergantung sepenuhnya di tangan para pemain kerana apa yang pen­ting adalah melakar keputusan positif ketika bertemu Hungary.

“Kami semua sangat gembira apabila peluang pasukan pada kejohanan ini masih terbuka tetapi tumpuan harus segera dialihkan pada aksi bertemu de­ngan Hungary. Hanya kemenangan boleh mengesahkan tiket kami ke pusingan seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI