fbpx

Sepanyol pilih jalan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORENO gagal menyempurnakan sepakan penalti menyebabkan Sepanyol terpaksa berpuas hati terikat 1-1 menentang Poland awal pagi semalam. – AFP

SEVILLE – Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mengakui dia menjangkakan pasukannya mampu memberikan aksi lebih baik ketika menentang Poland berban­ding menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1 awal pagi semalam.

Dua keputusan seri itu termasuk terikat 1-1 ketika menentang Sweden pada aksi pertama menyaksikan Sepanyol hanya mengutip dua mata setakat ini dan berdepan sedikit kesukaran untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Pada aksi berkenaan, Sepa­nyol membuka tirai jaringan menerusi Alvaro Morata pada minit ke-25 sebelum Poland menyama­kan kedudukan menerusi peng­gempur sensasinya, Robert Lewandowski kira-kira sembilan minit selepas babak kedua bermula.

La Roja sepatutnya mampu untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan berkenaan selepas dianugerahkan sepakan pe­nalti pada minit ke-58, namun Gerard Moreno yang mengambil tugas itu gagal menyempurnakannya.

“Saya sebenarnya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada para pemain. Sebaik ­sai­­ng­an ini bermula, saya berharap kami mampu mengutip enam mata dan tidak bolos dalam dua perlawanan awal.

“Namun, ini adalah hakikat yang perlu kami terima. Perancangan kami tidak menjadi, kami perlu menang pada aksi terakhir walau apa cara sekali pun untuk terus mara. Jika kami menang, kami mara dan jika tidak kami terpaksa pulang awal,” katanya.

Aksi terakhir menyaksikan Sepanyol perlu berdepan Slovakia dan mereka tidak mempu­nyai pilihan kecuali perlu meng­atasi pasukan itu untuk meraih tiga mata penuh sekali gus membantu mereka untuk mara.

Dalam pada itu, Morata berte­rima kasih kepada Enrique yang terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengetuai jentera serangan biarpun aksinya pada perlawanan pertama dikritik hebat.

“Beliau telah memberikan ke­per­cayaan kepada saya dan itu membuatkan saya yakin untuk beraksi. Saya tidak kisah sama ada mampu menjaringkan gol atau tidak, tetapi yang paling penting adalah kami menang.

“Situasi sekarang agak sukar, kami perlu membuat persediaan untuk aksi terakhir dan turun untuk memenangi perlawanan itu bagi memastikan kami mara,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI