fbpx

De Bruyne kembali sertai skuad utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE mengakui semakin selesa biarpun baharu sahaja menjalani pembedahan hidung dan soket mata ekoran kecederaan ketika aksi final Liga Juara-Juara sebelum ini. – AFP

SAINT-PETERSBURG – Perancang utama Belgium, Kevin De Bruyne terpaksa mengelak daripada menanduk bola pada sesi latihan bersama pasukan itu bagi mengelak kecederaan berulang selepas menjalani pembedahan tulang hidung dan soket mata­nya.

De Bruyne, Eden Hazard dan Axel Witsel bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan itu untuk aksi terakhir peringkat Kumpulan B menentang Finland bagi melengkapkan jadual selepas mengesahkan kemaraan dengan kemenangan dalam dua aksi terdahulu.

Pemain tengah Manchester City itu menjadi pencetus kebangkitan Belgium ketika menewaskan Denmark 2-1 selepas masuk sebagai pemain gantian dengan meledak satu gol dan mencipta umpanan gol.

Pembedahan yang dilakukan beberapa hari sebelum saingan Euro bermula itu menyebabkan De Bruyne tidak dapat menaiki penerbangan kerana tekanan udara dikhuatiri boleh menyebabkan matanya menjadi kabur untuk jangka masa panjang.

Selain itu, dia juga dinasihatkan untuk tidak menanduk bola, tetapi gembira kerana tidak perlu menggunakan pelindung muka ketika menyertai perlawanan.

“Saya masih merasai kesakitan pada bahagian kiri, tetapi ia tidak terlalu mengganggu. Pada awalnya saya ada sedikit kebimbangan tetapi selepas perlawanan bermula, saya sudah tidak fikirkan lagi mengenainya.

“Selepas insiden tersebut dan perlu menjalani pembedahan, saya sudah tahu bahawa saya tidak akan diturunkan pada aksi pertama. Kemudian jurulatih memberitahu, saya akan dima­sukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Denmark untuk mendapatkan rentak dan menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan.

“Menentang Finland, jurulatih meletakkan saya dalam kesebelasan utama dan saya fikir ia adalah satu perancangan yang baik untuk saya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI