fbpx

Rebat RM20 bagi warga 50 tahun guna Grab ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Golongan berusia 50 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan aplikasi Grab bagi pengambilan vaksin Covid-19 bermula 1 Julai depan boleh memohon rebat RM20 bermula hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rebat sah sehingga 30 September depan adalah menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan pada 9 Jun lalu.

“Rebat sebanyak RM20 disediakan, tebus dengan membuat pesanan pengangkutan menerusi aplikasi Grab.

“Pendaftaran boleh dilakukan menerusi www.platselangor.com dan klik Inisiatif MBI Bisnes Amal,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.

Amirudin ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 sebelum ini memberitahu, inisiatif itu bakal memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu di seluruh negeri dengan peruntukan RM1juta.

Ujar beliau, langkah itu bagi menggalakkan dan memudahcara mereka yang akan menerima vaksin di Selangor terutamanya golongan warga emas.

“Selain itu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) setiap DUN akan menyelaras bantuan pengangkutan bagi mereka yang berada jauh dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau mengalami kesukaran logistik.

“Bantuan ini akan diutamakan bagi kawasan luar bandar dan tidak mempunyai capaian pengangkutan awam atau e-hailing,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI