fbpx

Aniq Suhair gementar, teruja jadi sukarelawan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ SUHAIR

PETALING JAYA – Gembira dan teruja namun dalam masa sama, gementar!

Itu perasaan bercampur-campur yang dilalui pelakon muda, Aniq Suhair, 20, ketika melalui pengalaman hari pertama bergelar sukarelawan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Pendatang baharu yang sedang meningkat naik mengakui berasa sungguh gembira kerana berpeluang merasai pengalaman bertugas bersama pasukan barisan hadapan memandangkan selama ini dia tidak menyangka akan terpilih menjadi sukarelawan di CAC.

“19 Jun 2021 (semalam), hari pertama memulakan pengalaman bersama petugas barisan hadapan. Secara kebetulan saya cuba memanfaatkan perintah kawalan pergerakan 3.0 (PKP 3.0) kali ini dengan menjadi sukarelawan.

“Saya tidak sangka terpilih dan kemudian diminta untuk bertugas di zon merah CAC di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur,” katanya menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram.

Kata jejaka tinggi lampai itu lagi, ketika bertugas, dia turut berpeluang menyarung sut pelindungan keselamatan (PPE) dan berasa sangat gementar.

“Badan ditenggelami lapisan PPE, hati berasa gementar, takut dan pada masa sama tidak sabar. Alhamdulillah semua pesakit Covid-19 yang datang semuanya dalam keadaan baik,” jelas.

Bagaimanapun, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu sebak apabila ada dalam kalangan pesakit Covid-19 terdiri daripada golongan kanak-kanak dan warga emas.

“Saya cuma mampu memberikan kata semangat dan menceriakan mereka,” ujarnya.

Menerusi perkongsian sama, Aniq sempat menitipkan pesanan kepada masyarakat supaya sama-sama berganding bahu meringankan bebas petugas barisan hadapan dengan mengikuti saranan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dengan keadaan kes yang semakin meningkat, marilah sama-sama meringankan beban petugas barisan hadapan. Kita jaga kita dan kekal berada di rumah. Sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI