fbpx

Polis kesan individu iring mayat ke tempat pembakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di media sosial hari ini yang memparkan sekumpulan individu berarak mengiringi mayat di Butterworth.

SEBERANG PERAI – Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dengan berarak mengiringi mayat di Jalan Tiram, Butterworth di sini baru-baru.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya membuka kertas siasatan hari ini selepas menerima laporan berhubung satu video yang tular di media sosial.

Menurutnya, video berdurasi kira-kira seminit yang berlegar di aplikasi TikTok dan Facebook itu memaparkan sekumpulan individu sedang berarak dan sebahagiannya dilihat menari, bermain gendang dan membawa sepanduk ketika mengiringi mayat yang diusung di atas keranda.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dipercayai berlaku pada 17 Jun lalu dan video tersebut baru tular di media sosial hari ini.

“Polis telah mendapat butiran berhubung si mati dan kami sedang mengesan kumpulan individu sekitar 15 hingga 20 orang lelaki yang berarak tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan awal mendapati mayat berkenaan dibawa dari Teluk Air Tawar ke tempat pembakaran mayat di Jalan Tiram dengan menaiki kenderaan mayat, namun kumpulan itu bertindak berarak sejauh kira-kira 50 meter daripada tempat pembakaran tersebut.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI