fbpx

MBI bantu penduduk pinggir bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada penduduk yang terkesan di kawasan Hulu Kinta semalam.

IPOH – Bukan sahaja penduduk kampung, malah mereka yang tinggal di pinggir bandar turut terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berikutan terpaksa menghadkan pergerakan termasuk tidak boleh berniaga dan keluarga bekerja.

Atas keprihatinan tersebut, sebanyak 50 keluarga yang dikenal pasti telah dibantu menerusi Program Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Prihatin kepada penduduk-penduduk di sekitar bandaraya ini yang memerlukan.

Ahli Majlis MBI Zon 1 (Hulu Kinta), Datuk Mazlan Abd Rahman berkata, antara penduduk yang dilawati ialah di Kampung Kuang Hilir, Taman Chemor Mesra, Kampung Baru Tanah Hitam dan Kampung Gunung Genting Tambun.

Menurut beliau, setiap keluarga menerima sumbangan barang-barang dapur seperti beras, telur, minyak masak dan makanan kering serta pelitup muka.

“Keluarga-keluarga ini telah kita kenal pasti terjejas sumber pendapatan mereka semasa PKP 3.0, justeru MBI mengambil inisiatif menghulurkan bantuan.

“Ini adalah program berterusan yang telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat secara bersasar,” ujarnya selepas menyampaikan sumbangan tersebut semalam.

Pada program turun padang itu, Mazlan turut meluangkan masa menziarahi seorang pesakit penyakit kencing manis, Zalina Osman, 56, di Hulu Kinta serta menghulurkan sumbangan.

“Akibat penyakit itu, Zalina atau Makcik Nab terpaksa melakukan pembedahan pada bahagian kaki kiri dan ini menyukarkannya untuk bergerak.

“Atas keprihatinan tersebut, kami menyampaikan sedikit sumbangan agar bagi meringankan keperluan beliau sekeluarga,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI