fbpx

Pertembungan ‘hidup mati’ Switzerland, Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWITZERLAND memerlukan kemenangan ke atas Turki untuk membuka kembali peluang mereka layak ke pusingan 16 pasukan terbaik nanti. – AFP

ST. PETERSBURG – Pasukan Switzerland dan Turki masih enggan mengibarkan ‘bendera putih’ dalam usaha mencuri slot ke pentas kalah mati pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A saingan Euro 2020 di Stadium St. Petersburg, Rusia tengah malam ini.

Sebagai rekod, kedua-dua pa­sukan masih berpeluang untuk mara ke pusingan kalah mati de­ngan kemungkinan besar meraih tiket bagi tempat ketiga terbaik selepas gagal mempamerkan aksi memberangsangkan pada dua perlawanan sebelum ini.

Pemain tengah Switzerland, Steven Zuber menyeru agar rakan-rakan sepasukan melupakan dua aksi hambar yang lepas dengan memberi tumpuan untuk mengutip tiga mata penuh menentang skuad kendalian Senol Gunes itu.

“Saya harap barisan pemain mengerti bahawa hanya kemenangan yang boleh membuka pintu harapan dalam usaha memastikan pasukan dapat mara ke peringkat kalah mati. Tugasnya mudah sahaja iaitu kami perlu menjaringkan gol lebih banyak berbanding Turki.

“Saya percaya jurulatih (Vladimir Petkovic) sudah ada perancangan tersendiri selepas menilai kelemahan pasukan sejak dua perlawanan lepas. Apa yang penting, kami sebagai pemain perlu merealisasikan strategi tersebut di atas padang,” kata pemain kelab Eintracht Frankfurt itu.

Sementara itu, tonggak pertahanan Turki, Umut Meras percaya pertemuan menentang Switzerland sangat penting kerana ia boleh menjadi medan me­nebus maruah pasukan yang telah tercalar sebelum ini.

“Kami tidak beraksi seperti yang diharapkan ketika bertemu Wales dan Turki sebelum ini.

“Sebagai pemain, ia adalah keputusan yang mengecewakan, tetapi saya tetap berharap agar pasukan dapat meraih sesuatu pada pertemuan terakhir menentang Switzerland nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI