fbpx

Itali mahu pertahan rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA (kiri) berharap fokus rakan sepasukannya terus kekal untuk memburu kemenangan bersih peringkat kumpulan bertemu Wales biarpun sudah mengesahkan kemaraan. – AFP

ROM – Pemain sayap sensasi Itali, Federico Chiesa menyeru agar rakan sepasukan berwas­pada dengan ancaman yang boleh diberikan oleh pasukan Wales pada aksi terakhir Kumpulan A saingan Euro 2020 di Stadium Olimpico tengah malam ini.

Sebagai rekod, Itali meraih rekod bersih pada dua saingan peringkat kumpulan yang lepas apabila meraih kemenangan 3-0 pada pertemuan menentang Switzerland dan Turki sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun, Itali enggan memandang Wales sebelah mata sekali gus berusaha untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan kompetitif antarabangsa sejak kali terakhir dialami pada September 2018.

Kata Chiesa, pasukan Wales memiliki kualiti tersendiri dan mereka juga layak dilabel sebagai antara pilihan untuk mara ke peringkat kalah mati berdasarkan rekod cemerlang beraksi di pusingan separuh akhir pada kempen Euro 2016.

“Kita semua tahu kualiti yang dimiliki oleh pasukan Wales dengan kekuatan fizikal barisan pemain mereka yang boleh memberi kesukaran buat kami. Malah, mereka juga ada dua pemain berkelas dunia seperti (Gareth) Bale dan (Aaron) Ramsey.

“Kedua-dua pemain ini perlu diberikan perhatian kerana mereka berupaya untuk me­ng­ubah keputusan perlawanan pada bila-bila masa terutama Ramsey kerana saya telah bersamanya dalam skuad Juventus pada musim lalu dan tahu corak permainannya,” katanya.

Sementara itu, Chiesa meng­akui tidak terkilan apabila masih belum dapat berada dalam ke­sebelasan utama skuad kendalian Roberto Mancini pada dua aksi yang lepas meskipun prestasinya bersama Juventus musim lalu cukup memukau.

“Saya tidak kisah diturunkan dalam skuad utama atau sebagai pemain gantian kerana sedar kualiti serta persaingan dalam pasukan sangat sengit. Sudah tentu jurulatih ada perancangan tersendiri dan saya hanya perlu bersedia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI