fbpx

Sepanyol masih buntu, Poland nyalakan peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERT Lewandowski meraikan jaringannya ketika membantu Poland mengikat Sepanyol 1-1 pada saingan Kumpulan E, Euro 2020 di Stadium La Cartuja, Sevilla sebentar tadi. - AFP

SEVILLA – Ketumpulan jentera serangan terus mengecewakan Sepanyol apabila mereka sekadar seri 1-1 menentang Poland pada aksi Kumpulan E, Euro 2020 di Stadium La Cartuja sebentar tadi.

Meskipun memiliki deretan peluang pada perlawanan itu, namun jentera serangan La Roja yang diketuai Alvaro Morata banyak mensia-siakan ruang tersebut untuk menjaringkan gol.

Pada perlawanan itu, Sepanyol dilihat bermula garang apabila mendominasi permainan menerusi hantaran-hantaran pendek selain beberapa kali mengancam pintu gol Poland dalam tempoh 15 minit pertama.

Morata membuka tirai jaringan pada minit ke-25 bagi meletakkan Sepanyol 1-0 di depan meskipun pengadil terpaksa merujuk kepada Video Bantuan Pengadil (VAR) apabila dia didakwa berada dalam kedudukan ofsaid.

Poland yang diketuai penyerang prolifik Eropah, Robert Lewandowski meneruskan usaha memburu gol penyamaan, namun percubaan penyerang Bayern Munich itu pada minit ke-42 ditampan penjaga gol, Unai Simon.

Bersambung separuh masa kedua, Lewandowski menebus kesilapannya apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-54 selepas menanduk masuk hantaran lintang menarik daripada Kamil Jozwiak.

Bagaimanapun, lima minit berselang, Sepanyol dianugerahkan sepakan penalti, namun percubaan Gerard Moreno sekadar menggegar tiang sebelum sepakan susulan daripada Morata tidak menemui sasaran.

Pada 20 minit terakhir, skuad La Roja terus meningkatkan tempo permainan dan hampir menjaringkan gol kemenangan menerusi Morata pada minit ke-83, namun penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny cemerlang menafikan percubaan itu.

Kemudian, keduad-dua pasukan terus melancarkan serangan ke arah pintu gol masing-masing, namun kedudukan tersebut kekal hingga tamat permainan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI