fbpx

Miera Liyana ‘pantang’ selama 4 bulan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIERA LIYANA

BEBERAPA hari lalu, terkejut bila baca berita mengenai Miera Liyana sudah selamat bersalin anak pertamanya.

Bukannya baru seminggu tetapi sudah lebih sebulan lebih usia bayinya. Rupa-rupanya, Miera sudah selamat bersalin sejak 16 Mei lalu.

Amboi diam-diam ya. Katanya niat merahsiakan perkara tersebut kerana ingin merasai momen pertama kali bergelar ibu itu tanpa ada gangguan lain.

Malah, Miera juga tidak mahu berkongsi jantina bayinya buat sementara waktu dan khabarnya suaminya juga meminta agar tidak menunjukkan wajah anak mereka sehinggalah berusia empat bulan. Ini baru betul privasi!

Kalau kebanyakan artis lain hanya ‘berpantang’ selama tujuh hari sebelum memperkenalkan wajah dalam dalam Instagram, Miera pula akan ‘berpantang’ empat bulan, barulah netizen boleh tengok anak dia.

Maknanya ada tiga bulan lagi. Sabar ya semua!

Ada bagusnya juga tindakan Miera dan suaminya. Sekarang zaman suka cari kesalahan orang, pakai seluar ketika berpantang pun kena kritik. Bagus juga cara Miera dan suami.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Miera dan suami. Semoga semua lancar dan anak sulungnya itu membesar dengan sihat.

DIVA: Pecah perut tonton filem komedi Arwah Pak Mat, Lif & AJK. Banyak mesej tersirat dalam filem berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI