PELAKON popular Korea Selatan, Lee Dong-wook membuat kejutan kepada peminatnya selepas muncul dengan imej berambut panjang.
Dong-wook berkongsi foto tersebut dalam Instagramnya dan memberitahu imej baharu yang digayakannya adalah untuk sebuah jenama mewah antarabangsa.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan perubahan imej tersebut dan menyifatkan penampilan terkini aktor itu sebagai terlalu feminin.
“Jujur pada awalnya saya ingatkan dia perempuan. Maafkan saya.
“Tak kisahlah rambut panjang ke pendek ke, dia masih kelihatan hebat,” tulis netizen.
Pada hantaran sama, terdapat juga segelintir netizen yang tidak menyenangi penampilan terbaharu aktor Goblin itu.
“Esok potong rambut ya. Jangan lama-lama begini. Kamu lebih kacak jika berambut pendek,” tulis seorang netizen.
Terdahulu, Dong-wook juga pernah muncul dengan imej sama pada 2019 sebagai wajah muka hadapan sebuah majalah terkenal Korea Selatan. – K! ONLINE