fbpx

Tok Pora, individu tertua di Langkawi cucuk vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepora yang berusia 106 tahun menerima suntikan vaksin di Program Outreach Imunisasi Covid-19, hari ini.

LANGKAWI – Penduduk, Sepora Amin, 106, menjadi individu tertua di pulau peranginan tersohor di sini menerima vaksin dalam Program Outreach Imunisasi Covid-19 di Dewan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Pulau Tuba di sini, hari ini.

Sepora atau lebih dikenali sebagai Tok Pora pernah tular pada 2019 kerana masih keluar menangkap ikan di laut walaupun pada ketika itu sudah berusia 104 tahun.

Menurutnya, dia pada mulanya berasa takut untuk disuntik tetapi berubah fikiran selepas dipujuk oleh anak dan cucu-cucunya.

“Tak sakit pun, apa pun tak rasa (semasa disuntik).

“Sekarang tok dah tak kuat nak berjalan, jadi bila ada program seperti ini rasa berterima kasih sebab sangat memudahkan, tak perlu turun ke Pulau Langkawi,” katanya ketika ditemui selepas menerima suntikan vaksin dalam program tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI