fbpx

Alicia Amin rancang tambah koleksi tatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alicia bercadang untuk menambah lebih banyak koleksi tatu pada badannya selepas ini.

PETALING JAYA – Tidak serik dikecam, pelakon dan model kontroversi Alicia Amin mengakui bercadang untuk menambah lebih banyak koleksi tatu pada badannya selepas ini.

Perkara tersebut dikongsi Alicia dalam Instagramnya selepas ada beberapa peminat bertanyakan mengenai pemilihan tatu yang bakal dilakukannya nanti.

Menurut Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 26, dia mengelak untuk mencacah tatu bermotifkan orang yang masih hidup seperti wajah sebenar dan seumpamanya.

“Saya tidak akan mencacah tatu orang hidup pada badan. Mungkin saya akan memilih tatu bermotifkan penghormatan tetapi tidak sekali wajah sebenar,” tulisnya dalam InstaStory.

Tambah bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima itu, untuk tatu seterusnya, dia mungkin akan memilih tatu bermotifkan anime Dazai, iaitu karakter dalam siri Bungo Stray Dogs.

Hasil tinjauan dalam media sosial, rata-rata netizen tidak kisah dengan keputusan Alicia untuk menambah tatu pada badannya.

“Lantak dia lah nak cacah tatu satu badan sekali pun. Dia lebih tahu dosa pahala. Ingat dunia hanya sementara.

“Tiada sesiapa pun kisah pasal dia ni. Buat jela apa nak buat. Orang lebih rungsing fikir pasal peningkatan kes Covid sekarang ini,” tulis netizen.

Terdahulu, anak jati kelahiran Johor Bahru itu hebat dikecam netizen membabitkan beberapa kontroversi seperti memiliki tatu pada badan, membela anjing sebagai haiwan peliharaan dan sering berpenampilan mencolok mata walaupun sudah bergelar isteri.

Tidak setakat itu, Alicia yang mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor Februari lalu turut mengakui masih meneguk minuman beralkohol sehingga ke hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI