fbpx

Rakyat Terengganu jangan leka, terus patuhi SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) kesal dengan sikap segelintir penduduk negeri ini yang masih culas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Mokhtar berkata, segelintir penduduk masih berdegil menganjurkan aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai tanpa penjarakan sosial yang dikhuatiri boleh mencetuskan kluster baharu Covid-19.

“Tidak mahulah apabila kluster baharu merebak melibatkan ramai orang, baru hendak mengaku mengadakan aktiviti sosial secara senyap-senyap.

“Masyarakat tidak boleh leka walaupun tren kes positif Covid-19 di Terengganu telah menurun kepada dua angka sejak seminggu lalu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebanyak 72 kes positif Covid-19 di rekodkan di Terengganu, semalam dengan hanya tiga lokaliti masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) iaitu Bukit Besar dan Serada di sini serta Tajin, Hulu Terengganu.

Jelas beliau, langkah kawalan dan pencegahan menyeluruh telah diambil bagi mengelak sebarang penularan baharu Covid-19 secara besar-besaran di Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat negeri ini agar benar-benar berdisiplin dan membantu pihaknya memutuskan rantaian Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI