fbpx

Pacak paku pada motor bukti tidak curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cara pasangan ini bersiar dengan motosikal turut mendapat perhatian ramai.

PETALING JAYA- Pacak paku di tempat duduk pembonceng bagi membuktikan cinta sejati kepada kekasih hati. Kedengaran agak pelik, namun itu merupakan realiti yang dilakukan oleh seorang pemuda dari Magelang, Jawa Tengah, Indonesia.

Pemuda bergelar Khoirul Anam ini mempunyai cara tersendiri untuk membuktikan dia tidak pernah membawa wanita lain dan tetap setia bersama kekasihnya.

Melalui perkongsian pemuda tersebut di laman sosial Facebook miliknya, cara tersebut terpaksa dilakukan gara-gara kekasihnya terlalu curiga dan menuduh dia selalu memboncengkan wanita lain ketika ketiadaannya.

Bagi tujuan itu, Khoirul sanggup mengubah suai motosikal jenis Honda Beat miliknya dengan membuat pelapik khas tempat duduk penumpang (pembonceng) yang ditusuk dengan sejumlah paku tajam.

Pasangan kekasih tersebut juga dilihat tidak segan untuk berkongsi gambar mereka yang bersiar bersama menaiki motosikal dengan cara berlainan apabila kekasih Khoirul terpaksa membonceng dengan duduk mencangkung di bahagian hadapan.

Gambar motosikal Khoirul yang dikongsi di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi dan pendapat daripada netizen.

Seorang netizen yang menggunakan akaun Kechik Nawi berkata, sejauh manakah apa yang dilakukan oleh Khairol akan memastikan hubungan dengan kekasihnya yang kuat cemburu itu akan kekal lama.

“Adakah ia akan membuat kekasihnya membuang sikap cemburunya? Kekadang dapat kekasih yang terlalu cemburu ni susah jugakkan, terpaksa la nak pergi kemana-mana duduk di depan pula,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI