fbpx

Nampak ‘cool’, rupa-rupanya Caprice fobia jarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE mengakui mempunyai masalah fobia jarum dan naik kapal terbang.

PETALING JAYA – Penyanyi rap Caprice yang selama ini dilihat memiliki personaliti lelaki ‘cool’ dan bersahaja telah menarik perhatian netizen dengan gelagatnya sewaktu menerima suntikan vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin semalam.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik penyanyi itu dalam Instagramnya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli kelihatan begitu takut dan terpaksa ditenangkan oleh petugas kesihatan sewaktu hendak disuntik vaksin.

“Saya memang dah kena ‘banned’ di banyak hospital sebab kalau nak ambil darah atau cucuk, akan ambil masa 30 minit untuk baca al-Fatihah, berzikir dan mengira.

“Anda boleh cabar saya dengan apa sahaja kecuali jarum dan naik kapal terbang. Memang fobia,” tulisnya dalam Instagram.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan, ternyata penyanyi yang popular menerusi lagu Wat Lek Wat Peace itu terpaksa dipujuk dan ditenangkan sekumpulan petugas kesihatan dengan cara berbual dengannya.

Dalam pada itu, Caprice turut memberikan ucapan pernghargaan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kerana melayan karenahnya dan berharap supaya seluruh rakyat Malaysia dapat menerima suntikan vaksin secepat mungkin.

“Terima kasih kepada semua jururawat, doktor dan petugas barisan hadapan kerana servis yang diberikan. Sama-sama kita berdoa dan bangkit selepas Covid-19,” ujarnya.

Menerusi hantaran itu juga, Caprice turut memberitahu bahawa dia bakal terbang ke Gaza, Palestin untuk misi bantuannya di sana dalam masa terdekat.,

“Penerbangan saya dan misi ke Gaza dalam masa beberapa hari lagi. InsyaAllah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI