fbpx

Tujuh PATI naik van dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI warga Thailand yang ditahan di dalam sebuah van di Lubok Gong, Rantau Panjang, di sini semalam. /FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seramai tujuh lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand di dalam sebuah van di Lubok Gong di sini, semalam.

Dalam tangkapan pada pukul 6 petang itu, PGA turut menahan pemandu van dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat dengan membawa kesemua PATI tersebut.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan rutin, anggota PGA ternampak sebuah van yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Lubok Gong menghala ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang.

Menurutnya, anggota PGA telah bertindak menahan van tersebut dan mengarahkan pemandu untuk berhenti di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan.

“Berdasarkan pemeriksaan, kita menemui tujuh lelaki warga Thailand berada di tempat duduk penumpang van tersebut.

“Siasatan lanjut mendapati pas lawatan ketujuh-tujuh suspek itu sudah tamat tempoh. Selain itu, mereka juga dipercayai masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di sekitar Rantau Panjang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azhari, kesemua PATI dan dua orang tekong itu dibawa ke Kompeni Taktikal, Taman Bakti di sini untuk pemeriksaan lanjut. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI