fbpx

Tawar seks RM50, hotel bajet diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita dan seorang pelanggan menyorok di bawah ruang katil bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 wanita warga asing disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di sekitar Jalan Pasar Pudu di sini petang semalam.

Operasi pada pukul 5.40 petang yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur itu turut menahan tujuh lelaki dipercayai ‘ulat’ yang bertugas untuk mencari pelanggan bagi aktiviti pelacuran.

Difahamkan, pelanggan boleh memilih wanita yang dikehendaki di lobi hotel tersebut berdasarkan harga yang ditawarkan sebelum dibawa berjumpa wanita itu di bilik, tingkat enam hotel berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, polis terpaksa memecah masuk empat bilik selepas kehadiran pihak berkuasa disedari mereka.

“Terdapat wanita cuba melarikan diri dengan bersembunyi di luar bangunan tersebut, ada yang bersembunyi di dalam ruang bawah katil dan bersembunyi di tangki air.

“Namun, segala taktik mereka untuk melarikan diri berjaya dipatahkan dan kesemua mereka telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika di lokasi serbuan, semalam.

Mengulas lanjut, selain penahanan 12 wanita dan tujuh ‘ulat’ berkenaan, polis turut menahan lima pelanggan lelaki ketika serbuan dijalankan.

“Tangkapan terdiri daripada 10 wanita warga Vietnam, dua wanita warga China, sembilan lelaki tempatan, dua lelaki Vietnam dan seorang lelaki warga Nepal. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 30 hingga 61 tahun.

“Siasatan awal mendapati, ‘ulat’ tersebut menerima bayaran sehingga RM3,000 sebulan untuk mendapatkan pelanggan, sementara pelanggan pula dikenakan caj bermula RM50 hingga RM100 bagi setiap jam,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI