fbpx

Dua maut, lori terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori ayam itu yang terbakar menyebabkan pemandu dan kelindannya maut di tempat kejadian, pagi tadi. /FOTO IHSAN BOMBA.

SEREMBAN – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah lori ayam yang dinaiki mereka terbabas dan kemudian terbakar di kilometer 283.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Nilai, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kejadian berlaku pukul 3 pagi apabila lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun dari arah Seremban ke Perak.

Jelas beliau, lori itu telah hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kiri jalan sebelum terbabas melanggar tiang jejambat sehingga mengakibatkan lori berkenaan terbakar.

“Akibat kemalangan berkenaan, mangsa, N. Vasutheven yang merupakan pemandu lori berjaya dikeluarkan oleh orang awam namun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

“Seorang lagi, mangsa iaitu kelindan, R. Mohan Raj, 28, tersepit di tempat duduk penumpang meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, seorang lagi penumpang lori yang merupakan anak kepada pemandu dikenali, V. Dharshaan, 16, berjaya keluar sebelum lori terbakar dan dia cedera di kepala dan kaki dihantar ke wad kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI