fbpx

Ipmuda ceburi bidang RE, penjagaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ipmuda Bhd. (Ipmuda) mengumumkan pelan penstrukturan korporatnya  dalam usaha mengukuhkan Kumpulan untuk jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Jeffri M. Yusup berkata, Kumpulan telah memeterai perjanjian untuk memiliki kepentingan dalam Telekosang Hydro One Sdn. Bhd. dan Telekosang Hydro Two Sdn. Bhd. (Telekosang) serta kepentingan 100 peratus di dalam sukuk  Telekosang Hydro One ASEAN Green Junior dengan nilai  RM163.3 juta.

Telekosang kini membangunkan projek jana kuasa kecil hidro 40MW di Sungai Telekosang, Kemabong, Tenom, Sabah.

Projek jana kuasa itu dijangka beroperasi secara komersialnya menjelang akhir tahun ini yang mana pembelian tenaga selama 21 tahun telah dimuktamadkan oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd.

Selaini tu, Ipmuda juga telah memeterai perjanjian untuk memiliki saham di dalam Jentayu Solar Sdn. Bhd. (Jentayu Solar) bernilai RM11.1 million.

Buat masa ini,  Jentayu Solar memiliki dan mengoperasikan jana kuasa solar 5.99 Megawatt (MW) yang terletak di Pokok Sena, Kedah. 

“Pembelian kepentingan ini akan memberi peluang unik buat Kumpulan untuk memiliki aset berkualiti tinggi seiring dengan strategi Kumpulan untuk mengembangkan perniagaan terasnya kepada bidang tenaga diperbaharui (RE).

“Tambahan itu, Ipmuda juga telah menandatangani perjanjian untuk memiliki kepentingan di dalam Ultimate Forte Sdn. Bhd. (UFSB) bernilai RM18 juta.

UFSB kini mengendalikan Ohana Specialist Hospital di Seri Rampai, Kuala Lumpur.

Jeffri menjelaskan, melalui penceburan dalam bidang RE dan juga penjagaan kesihatan, ia akan memberi peluang kepada Kumpulan untuk menembusi pasaran semasa. 

“Kami berharap ia akan dapat meningkatkan kedudukan kami dalam segmen penjagaan kesihatan yang kini berpotensi khususnya bagi memenuhi permintaan kumpulan pelanggan berpendapatan sederhana,” jelas beliau.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI