fbpx

Ledakan pop disko Butter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAK dilancarkan, video muzik Butter daripada BTS kini sudah mencatat lebih 360 juta tontonan dalam YouTube.

PENULIS bukan peminat nombor satu kumpulan BTS, namun tidak menafikan mereka sudah banyak memberikan banyak ‘sumbangan’ kepada perkembangan muzik Asia.

Sejak zaman peluncuran single debut pada 2013 iaitu berjudul No More Dream sehinggalah munculnya single baharu, Butter yang sedang meledak seluruh dunia, BTS telah membuktikan bahawa orang Asia juga mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pemuzik antarabangsa yang lain.

Berkenaan single baharu kumpulan yang dianggotai Jin, RM, Jungkook, J-Hope, Suga, V, dan Jimin tersebut, Butter merupakan sebuah antem pop disko diselitkan elemen EDM dan dance pop yang baik.

Dari segi komposisi muzik, Butter merupakan antara karya bernuansakan pop terbaik tahun ini. Menyegarkan, ‘tidak terlalu mencuba’, seimbang antara elemen retro dan kontemporari dan lebih utamanya, ‘mesra’ pendengar.

Penulis secara peribadi berasakan lagu berkenaan berada di paras biasa-biasa, namun disebabkan materialnya dimainkan dan dijayakan oleh BTS, yang merupakan ‘boy band’ paling hebat abad ini, sekarang nukilan berkenaan bergelar lagu nombor satu dunia.

Secara peribadi, Butter boleh diungkapkan sebuah lagi bentuk hipnosis tulen dengan sambutan pop disuntik sedikit nilai retro ‘Bruno Mars’ yang dicampurkan pelbagai perisa kreativiti.

Mesej

Seperti kebanyakan lagu hit BTS termasuklah Dynamite, Savage Love dan Life Goes On, Butter juga tidak terkecuali bukan sebuah lagu yang memiliki mesej berat.

Namun itu tidak bermaksud karya-karya BTS tidak bagus.

Tinggal lagi, sekiranya pasukan BTS enggan terus hanyut dilambung faktor populariti yang tidak merisikokan halangan untuk menjadi paling terkenal, mereka juga perlu mempertimbangkan format untuk relevan di ‘mata’ acara berprestij seperti Grammy Awards.

Untuk itu, mereka perlu hadir dengan karya yang bermesej, barulah seimbang. Popular di bibir peminat dan pada masa masa, dikompang sebagai artis berkualiti, sekali gus terus meletakkan nama Asia, khususnya Korea Selatan di paras lebih tertinggi.

Tentang muzik video Butter? BTS jarang menghampakan para peminat mereka yang dikenali sebagai Army.

Sekiranya ada yang belum menyaksikan video muzik berkenaan, bolehlah berbuat demikian. Sehingga artikel ini ditulis, muzik video Butter sudah mencatat lebih 360 juta tontonan.

Penulis bukan Army atau pemuja artis terutama dari Asia, tetapi apa yang dilakukan BTS cukup membuktikan kepada Hollywood, ini cara kami (orang Asia) bekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI