fbpx

Galeri China minta maaf senaraikan wanita berdasarkan paras rupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GALERI OCAT meminta maaf kerana menyiarkan karya seni kontroversi yang dianggap menjatuhkan maruah wanita. - ARTWORK

BEIJING – Sebuah galeri seni disokong pemerintah di Shanghai memohon maaf hari ini kerana mempromosi hasil seni yang menyenaraikan beribu-ribu wanita berdasarkan rupa paras mereka susulan kecaman di media sosial.

Galeri OCAT menyatakan, pihaknya telah menarik balik karya seni berjudul Uglier and Uglier atau ‘semakin hodoh dan semakin hodoh’  itu. Karya artis seni lelaki, Song Ta itu dikecam kerana menghina wanita.

Karya itu berupa rakaman video selama beberapa jam yang menampilkan kira-kira 5,000 gambar wanita dan dirakam di kampus sebuah universiti. Ia memaparkan senarai kedudukan wanita berdasarkan tanggapan artis seni tersebut tentang kecantikan paras rupa mereka.

Hasil seni itu yang ditayangkan di beberapa pertunjukan sejak 2013, mencetuskan kemarahan netizen selepas OCAT mempromosikannya awal bulan ini. Pengguna media sosial menyatakan bahawa karya seni itu menghina wanita dan mencabuli privasi mereka.

“Ini sudah tahun 2021, bagaimana kamu masih boleh menganggap wanita sebagai objek nafsu tanpa perasaan malu?  Kata seorang pengguna laman sosial tempatan, Weibo 

Karya seni itu mencatat  90 juta tontonan menjelang petang tadi.

Pada 2019, Song Ta memberitahu majalah Vice edisi China  yang kini ditutup bahawa dia dan beberapa pembantunya mengasingkan imej ribuan wanita dalam folder komputer menggunakan terma seperti ‘hodoh yang boleh dimaafkan’ dan ‘hodoh yang tidak dapat dimaafkan’. 

“Saya berhak memberitahu perkara  yang benar,” katanya dalam satu wawancara bersama majalah itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI