fbpx

Sepanyol mungkin guna tiki-taka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA akan terus kekal mengetuai jentera serangan Sepanyol biarpun dia dikritik hebat ketika aksi menentang Sweden. – AFP

SEVILLE – Pasukan pilihan, Sepanyol mungkin akan tampil dengan gaya tiki-taka menje­lang aksi kedua Kumpulan E bertemu Poland di Stadium La Cartuja, awal pagi esok.

Sebagai rekod, Sepanyol mencipta rekod kejohanan dengan membuat 917 hantaran pada aksi pertama bertemu Sweden awal minggu ini, tetapi gagal memecah kebuntuan apabila keputusan perlawanan berakhir dengan seri tanpa ja­ringan.

Difahamkan, ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique yang juga bekas pengendali Barcelona telah membuat keputusan untuk tidak mengubah sebarang corak taktikal sebaliknya menambah gaya tiki-taka bagi memastikan Sepanyol mampu menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang menjaringkan gol.

Enrique juga turut berhasrat untuk mengekalkan ke­sebelasan utama termasuk penyerang utama, Alvaro Morata meskipun penyerang Atletico Madrid itu dikecam penyokong kerana mensia-siakan banyak peluang sebelum ini.

Bagaimanapun, pemain te­ngah Sepanyol, Pablo Sarabia percaya semua pemain perlu memberikan kerjasama dalam memastikan pasukan kembali berada di landasan sebenar, sekali gus meraih keputusan positif.

“Saya tidak bersetuju jika mengatakan keputusan negatif yang kami catatkan sebelum ini adalah disebabkan aspek individu. Bola sepak adalah sukan berkumpulan dan kami menang bersama, kalah juga akan dipikul bersama.

“Secara peribadi, saya anggap Morata adalah salah seorang penyerang terbaik Sepanyol ketika ini dan berhak untuk diletakkan dalam kese­belasan utama.

“Apa yang pasti, prestasi individu tidak perlu dijadikan tumpuan, sebaliknya fokus berdepan Poland yang kemungkinan besar akan beraksi se­perti Sweden dengan bertahan sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI