PETALING JAYA- Kerajaan bakal mengenakan tiga lagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan tiga kawasan masing-masing dua di Sabah dan satu di Kelantan.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga PKPD itu akan dikuatkuasakan bermula 20 Jun hingga 3 Julai depan.
“PKPD di Sabah melibatkan Grace Villa Condo, Sembulan di Kota Kinabalu dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pasir Putih, Putatan.
“Bagi negeri Kelantan pula, PKPD itu akan dikenakan di Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh,” katanya di sini tadi.
Katanya, prosedur operasi standard (SOP) PKPD terbabit adalah sama seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini. -K! ONLINE