fbpx

‘Saya sangka kakak bahagia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Jahidah yang kini hanya terbaring di atas katil.

SEREMBAN – Seorang wanita, Jahidah Nordin, 43, yang sebelum ini koma akibat dipukul suaminya pada Mei lalu kini menunjukkan perkembangan positif dan kandungannya berada dalam keadaan baik.

Adiknya, Fauziah, 40, berkata, dia kini mengambil tanggungjawab menjaga kakak sulungnya yang dibawa tinggal bersama di Bandar Sri Sendayan di sini.

“Kakak (Jahidah) kini hanya terbaring dan tidak boleh bergerak, dia hanya mengelipkan mata apabila namanya dipanggil.

“Memang sedih melihat keadaannya, kakak hanya boleh minum susu melalui saluran tiub yang diberi setiap empat jam dan ada kalanya saya memberi ‘nestum’ yang dikisar halus memandangkan kakak hamil 12 minggu dan perlukan tenaga tambahan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma selepas didera suaminya hingga menyebabkan dia cedera parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang dan retak tulang belakang serta rusuk.

Berita berkaitan: Isteri parah dibelasah suami

Menurut Fauziah, kakaknya hanya makan menggunakan saluran tiub selain bahagian belakang badannya kini mengalami ‘bed sore’ (luka-luka dan kudis).

“Setiap dua jam, saya akan menggerakkan kaki dan badan kakak untuk regangan, alhamdulillah jururawat yang datang memantau keadaan kakak beritahu kandungannya dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Fauziah memohon keadilan sewajarnya bagi pihak kakaknya yang kita menderita dan tidak boleh menjalani kehidupan normal selepas didera suami.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bantuan perubatan Jahidah boleh menyumbang melalui akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin).-K! ONLINE

Berita Berkaitan: Suami mengaku tidak bersalah pukul isteri hingga koma

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI