fbpx

10 kompaun dikeluarkan IPD Petaling Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pegawai dan anggota Polis Daerah Petaling Jaya bersama MBPJ, MKN Negeri Selangor serta MITI membuat pemeriksaan pengoperasian sektor-sektor perkilangan pada Operasi Pematuhan 3.0 secara bersepadu di Taman Industri Sungai Buloh, Petaling Jaya hari ini. Foto: AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Sebanyak 10 kompaun bernilai RM189,500 dikeluarkan terhadap pengusaha kilang, pemilik premis dan pekerja dalam Operasi Bersepadu Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sini hari ini.

Operasi berasingan pada pukul 10 pagi tersebut dilakukan di 15 buah kilang di sekitar Taman Industri, Sungai Buloh dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seramai 106 pegawai dan anggota telah terlibat dalam operasi terbabit.

“Sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan oleh pelbagai agensi bernilai RM189,500 terhadap pengusaha kilang, pemilik premis dan pekerja atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah penyalahgunaan surat kelulusan MITI dan pelanggaran SOP membabitkan pekerja,” katanya kepada pemberita di lokasi operasi bersepadu di Taman Industri, Sungai Buloh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jelasnya, empat premis juga telah diberikan notis arahan tutup kerana tidak tersenarai dalam sektor perkhimatan perlu beroperasi dalam tempoh PKP. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI